Jumaat, 29 Ogos 2014

save palestin

Jika motif peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj adalah hanya untuk urusan peribadi antara Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam dengan Tuhannya, nescaya perjalanan boleh berlaku secara langsung dari al-Masjid al-Haram di Mekah ke Sidrah al-Muntaha, tanpa perlu ‘transit’ di al-Masjid al-Aqsa di Palestin. Akan tetapi, persinggahan di bumi Palestin pada kejadian luar biasa berkenaan, mempunyai signifikasi yang perlu hidup hingga ke akhir zaman, sebagai kelangsungan nilai Palestin sebelum-sebelumnya.
Allah bukan sahaja menyebut tentang al-Masjid al-Aqsa, tetapi mengiringinya dengan karakter khusus bahawa lokasi di mana masjid itu berada, persekitarannya adalah persekitaran yang diberkati. Kawasan persekitaran itu umumnya diertikan oleh para ulama’ zaman berzaman sebagai merujuk kepada kawasan yang dikenali di zaman Wahyu sebagai Syam, merangkumi daerah-daerah di negeri Palestin, Syria, Jordan, Lubnan dan sekitarnya.
Hubungan di antara al-Masjid al-Haram dengan al-Masjid al-Aqsa itu penting.
Kepentingannya boleh difahami, dengan menjejak sebutan keberkatan bumi Palestin yang diulang-ulang sebanyak enam kali oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
6 KALI BARAKAH
Turutan pertama, berdasarkan zaman kejadian (bukan kronologi turun ayat), ialah semasa Allah menyebut tentang hijrah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut a.s. ke bumi Palestin.

وَنَجَّيۡنَـٰهُ وَلُوطًا إِلَى ٱلۡأَرۡضِ ٱلَّتِى بَـٰرَكۡنَا فِيہَا لِلۡعَـٰلَمِينَ

Dan Kami selamatkan beliau (Ibrahim) dan Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia. [Al-Anbiya' 21: 71]
Kemudian, Allah menyebutnya sekali lagi semasa mengungkapkan tentang Ibrahim dan zuriatnya Ishaq, penghuni bumi Palestin yang diberkati-Nya.

وَبَشَّرۡنَـٰهُ بِإِسۡحَـٰقَ نَبِيًّ۬ا مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ

وَبَـٰرَكۡنَا عَلَيۡهِ وَعَلَىٰٓ إِسۡحَـٰقَ‌ۚ وَمِن ذُرِّيَّتِهِمَا مُحۡسِنٌ۬ وَظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ مُبِينٌ۬

Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh. Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri. [al-Saaffaat 37: 112-113]
Ia dituruti pula dengan pengkisahan Allah SWT tentang Musa yang bersama Bani Israel, mendatangi bumi Palestin yang Allah berkati.

وَأَوۡرَثۡنَا ٱلۡقَوۡمَ ٱلَّذِينَ كَانُواْ يُسۡتَضۡعَفُونَ مَشَـٰرِقَ ٱلۡأَرۡضِ وَمَغَـٰرِبَهَا ٱلَّتِى بَـٰرَكۡنَا فِيہَا‌ۖ وَتَمَّتۡ كَلِمَتُ رَبِّكَ ٱلۡحُسۡنَىٰ عَلَىٰ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ بِمَا صَبَرُواْ‌ۖ وَدَمَّرۡنَا مَا كَانَ يَصۡنَعُ فِرۡعَوۡنُ وَقَوۡمُهُ ۥ وَمَا ڪَانُواْ يَعۡرِشُونَ

Dan Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya, yang Kami telah melimpahkan berkat padanya dan telah sempurnalah Kalimah Allah (janjiNya) yang baik kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka (semasa mereka ditindas oleh Firaun), dan Kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang mereka telah dirikan (dari bangunan-bangunan yang tinggi) [al-A'raf 7: 137]
Sekali lagi, Allah mengulang sebut tentang Palestin yang Dia berkata, di era pemerintahan Nabi Sulaiman ‘alayhi al-Salam.

وَلِسُلَيۡمَـٰنَ ٱلرِّيحَ عَاصِفَةً۬ تَجۡرِى بِأَمۡرِهِۦۤ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ ٱلَّتِى بَـٰرَكۡنَا فِيہَا‌ۚ وَڪُنَّا بِكُلِّ شَىۡءٍ عَـٰلِمِينَ

Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [al-Anbiya' 21: 81]
Di zaman pemerintahan Sulaiman, Palestin itu berada di bawah pentadbiran baginda. Manakala wilayah Hijaz, tempat terletaknya al-Masjid al-Haram, adalah wilayah di bawah pemerintahan seorang ratu yang tidak beriman dengan Allah, dikenali sebagai Ratu Saba’. Apabila Ratu Saba’ menerima dakwah Sulaiman dan seterusnya membawa pemerintahannya kepada Tauhid, Mekah dan Palestin bersatu kembali.
Daerah itu menjadi daerah yang aman.
Pada rentetan kejadian itu, Allah mengulang sebut Palestin sebagai bumi yang diberkati.

 وَجَعَلۡنَا بَيۡنَہُمۡ وَبَيۡنَ ٱلۡقُرَى ٱلَّتِى بَـٰرَڪۡنَا فِيہَا قُرً۬ى ظَـٰهِرَةً۬ وَقَدَّرۡنَا فِيہَا ٱلسَّيۡرَۖ سِيرُواْ فِيہَا لَيَالِىَ وَأَيَّامًا ءَامِنِينَ

Dan di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu) dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman. [Saba' 34: 18]
Al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa itu dalam suasana kuatnya Tauhid dalam pegangan ummah, ia bersatu. Ketika agama jadi celaru, Syirik dan Jahiliah menguasai kehidupan, dua daerah yang mulia itu terpisah.
Kali keenam, Allah menyebut tentang hubungan di antara al-Masjid al-Haram dengan al-Masjid al-Aqsa di Palestin, sekali lagi sebagai bumi yang diberkati, yakni di dalam peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj.

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari al-Masjid al-Haram (di Mekah) ke al-Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.  [al-Isra' 17: 1]
DIMENSI KEBERKATAN PALESTIN
Keberkatan Palestin itu ada yang dipandang dari sudut suburnya ia sebagai tanah pertanian. Sudah tentu tanaman utamanya adalah buah Tin dan buah Zaitun. Ketika mana Allah SWT bersumpah dengan buah Tin dan buah Zaitun  di dalam surah al-Tin, Ibn Kathir menukilkan pendapat Ka’ab al-Ahbar bahawa yang dimaksudkan dengan buah Tin itu sebagai metafora kepada Masjid di Dimashq manakala zaitun adalah Masjid di Palestin.
Ada yang memandang keberkatan Palestin itu pada sejarahnya bahawa semua Nabi dan Rasul yang kita ketahui, jika tidak bermastautin di Palestin sekali pun, mereka pernah menziarahinya, termasuk Nabi Muhammad SAW di dalam peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj.
Bumi itu juga dipandang keberkatannya, pada makmurnya ialah dengan para sarjana Islam zaman berzaman. Abu ‘Abdillah Muhammad ibn Idris al-Shafi’e (767 — 820 CE / 150 — 204 AH) juga merupakan anak kelahiran Gaza di Palestin.
Namun, setiap kali Allah menyebut tentang keberkatan Palestin, Allah menyebutnya dalam konteks pemerintahan oleh para Nabi dan Rasul. Keberkatan Palestin itu juga kelihatan pada siyadah atau kedaulatannya di sepanjang sejarah yang dicatat oleh manusia. Pada satu-satu masa, kuasa yang memerintah Palestin, ketika itulah ia menjadi kuasa besar, bukan setakat di rantau persekitaran malah menjadi kuasa besar dunia.
Palestine-Timeline
Bukan sahaja di era pra Islam, apabila Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu memasukkan Palestin ke wilayah Islam pada tahun 16H, eranya menjadikan Islam bukan lagi sekadar kuasa politik Semenanjung Tanah Arab, sebaliknya menjadi kuasa besar dunia yang menumbangkan Empayar Parsi yang berdiri zaman berzaman.
Satu kuasa demi kuasa memerintah Palestin.
Ada yang memerintah dengan adil.
Ada yang memerintah secara zalim dan penindasan.
Bergilir-gilir antara kuatnya pengaruh Tauhid, dengan besarnya gelombang Riddah dan Syirik.
Selepas Palestin beralih tangan daripada Dawlah Uthmaniyyah yang mentadbirnya semenjak tahun 1517 di bawah pemerintahan Sultan Selim I, British mentadbir bumi itu dengan mandat oleh League of Nation, dan akhirnya jatuh ke tangan Yahudi Zionis secara rasminya pada tahun 1948.
Semenjak itu, hingga ke detik ini, Lobi Yahudi Zionis itulah kuasa besar dunia, dengan pelbagai makar mereka di Palestin, dan empat penjuru alam.
TADABBUR SURAH AL-ISRA’
Untuk lebih memahami akan Palestin daripada suluhan al-Quran, marilah kita bertadabbur dengan ayat-ayat al-Quran yang membicarakan tentang Palestin, dalam suasana al-Isra’ wa al-Mi’raj.
Allah menyatakan bahawa kaum Yahudi itu banyak melakukan kerosakan. Namun dalam banyak-banyak kerosakan itu, ada dua kerosakan besar, termaktub di dalam Taurat, dan ditegaskan lagi di dalam al-Quran. Firman-Nya:

 وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوًّ۬ا ڪَبِيرً۬ا

Dan Kami khabarkan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. [al-Isra' 17: 4]
Ayat ini menimbulkan kemusykilan bagi ilmuwan silam kita pada menentukan apakah maksud dua kerosakan itu. Mungkin ia berpunca daripada zaman tersebut yang mana orang Yahudi berada pada kedudukan sosial yang rendah. Tidak terbayang akan mereka itu sebagai kuasa besar dunia. Dalam persekitaran sebegini, al-Imam al-Tabari mengemukakan pendapat bahawa dua kerosakan besar yang dimaksudkan dengan ayat ini merujuk kepada kerosakan yang pernah dilakukan oleh orang Yahudi pada zaman Islam iaitu kali pertamanya, semasa mereka membunuh Nabi Zakaria alayhi al-Salam, dan kali keduanya, semasa mereka membunuh Nabi Yahya, alayhi al-Salam.
Tafsiran itu disemak kembali oleh ilmuwan semasa, yang menyaksikan kebangkitan Yahudi sebagai kuasa besar dunia.
haqaiqquraniyyah-solahalkhalidi
Sheikh Solah ‘abd al-Fattah al-Khalidi di dalam bukunya al-Haqa’iq al-Qur’aniyyah hawla al-Qadhaya al-Filistiniyyah (Hakikat-hakikat al-Quran Seputar Isu-isu Palestin) berpendapat bahawa kita tidak terikat dengan tafsiran berkenaan, dan dalam masa yang sama sangat menghormati para ilmuwan silam dengan ijtihad mereka. Berdasarkan karakter kerosakan yang disebutkan, bahawa ia terjadi dalam keadaan Yahudi itu bersikap sebagai sebuah kuasa yang angkuh, Sheikh Solah berpendapat kerosakan pertama yang dimaksudkan di dalam ayat berkenaan merujuk kepada kerosakan yang mereka lakukan di zaman Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam.
Kehadiran mereka ke Semenanjung Tanah Arab selepas diusir dari wilayah Greco Roman Civilization, membawa kepada mastautin mereka di Yathrib dan sekitarnya. Mereka melaga-lagakan bangsa Arab yang menghuni wilayah itu agar sentiasa bermusuhan. Selepas hijrah Nabi sallallahu alayhi wa sallam ke Madinah, mereka diberi peluang untuk sama-sama hidup dalam rukun sosial yang sejahtera, namun Yahudi meneruskan tradisi makar mereka melanggar perjanjian demi perjanjian.
Kejahatan pusingan pertama ini tamat, sebagaimana yang Allah ungkapkan dalam ayat yang berikutnya:

فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَٮٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡڪُمۡ عِبَادً۬ا لَّنَآ أُوْلِى بَأۡسٍ۬ شَدِيدٍ۬ فَجَاسُواْ خِلَـٰلَ ٱلدِّيَارِ‌ۚ وَكَانَ وَعۡدً۬ا مَّفۡعُولاً۬

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. [al-Isra' 17: 5]
Kejahatan itu ditamatkan di Madinah oleh kehadiran Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam dan para sahabat bersama baginda, menumpaskan kaum perosak yang khianat dan melakukan pelbagai konspirasi. Ia disempurnakan pula pada penyingkiran sepenuhnya kaum itu daripada Semenanjung Tanah Arab, pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu.
Sabda baginda:

لا يجتمعُ في جزيرةِ العربِ دِينانِ

الراوي: – المحدث: ابن باز – المصدر: مجموع فتاوى ابن باز – الصفحة أو الرقم: 285/3
خلاصة حكم المحدث: صحيح
“Tidak berhimpun di Semenanjung Tanah Arab dua agama” 
PUSINGAN KEDUA KEJAHATAN
Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi menegaskan bahawa kita umat Islam pada hari ini hidup di zaman Yahudi melakukan kerosakan kedua. Kerosakan yang berlarutan di akhir zaman. Selepas merempat zaman berzaman, Yahudi bangkit, membentuk kuasa politik mereka dan beroleh Palestin sebagai penempatan haram dengan menekan, menyeksa dan berusaha menghapus sepenuhnya sesiapa sahaja yang berada di perjalanan mereka mencapai cita-cita.
Firman Allah:

ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡڪَرَّةَ عَلَيۡہِمۡ وَأَمۡدَدۡنَـٰكُم بِأَمۡوَٲلٍ۬ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ أَڪۡثَرَ نَفِيرًا

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. [al-Isra' 17: 6]
Hikmahnya besar, pada Allah menyatakan kriteria khusus kepada pusing kedua kejahatan Yahudi ini. Agar kita kenal dan sedar sepenuh sedar bahawa kita hidup di zaman kejadian itu berlangsung. Agar dalam bencana maha besar dalam kerosakan oleh Yahudi pada pusingan kedua ini, kita tidak putus harapan, ada pedoman, dan punya plan untuk bangkit membela.
Allah menyatakan bahawa ketika Yahudi pada pusingan kedua kerosakan mereka, mereka melakukan sebagai sebuah kuasa yang kuat, tetapi kekuatan mereka diperpanjangkan dari luar. Perkataan ( وَأَمۡدَدۡنَـٰكُم) termasuk di dalam lata’if al-Quran, kehalusan pengungkapan makna, bahawa kali ini, Yahudi gagah bukan berbekalkan kekuatan yang ada bersamanya, tetapi kekuatan harta dan anak-pinak (manpower) itu diperpanjangkan dari luar.
- See more at: http://saifulislam.com/2014/05/al-isra-wa-al-miraj-palestin-dalam-suluhan-surah-al-isra/#sthash.AKqMWFak.dpuf

Rabu, 23 April 2014

apa itu ilmu(contoh)

(Berdakwah tapi takde Ilmu?-kisah benar yang telah aku tokok tambah untuk memudahkan jalan cerita)
Pada suatu hari, dihalaman sebuah masjid yang masih dibenarkan bilal mengaji menggunakan speaker sebelum subuh, aku terjumpa seorang kawan, (asal jumpa kawan jer masjid, asal masjid jer jumpa kawan, macam alim sangat aku ni) lalu kamipun duduk lepak kejap di tangga masjid sambil berborak isu isu semasa laksana mamat dan minah berborak di wall facebook,
“Hamka, jika nak berdakwah, kita kena ada ilmu, cuba tengok mamat tu..”
(sambil merujuk kepada seorang lelaki beserban, berjubah, berjanggut yang boleh di tuduh sebagai budak tabligh atau ahli pas atau wahabi atau syiah atau penyanyi nasyid yang sedang beriktikaf selepas solat zohor)
“Mamat tu sibuk nak berdakwah ke sana ke mari, tapi ilmu takde, nak berdakwah kena ada ilmu!”
Begitulah luahan seorang kawan lama yang perasan pandai bab ugama kepada aku lalu aku menukilkan secara ringkas di sini.
Kau tahu apa maksud ilmu yang kau cakap mamat tu takde? Kau tahu apa maksud ilmu dari segi ugama?
“Maksud ilmu adalah pengetahuan yang di susun sebelum di gunakan dalam bidang bidang tertentu.”
Kepala otak kau! jika faham maksud ilmu adalah begitu, salah! cepat bagi jawapan yang betul tentang apa maksud ilmu?
“Err, Ilmu adalah proses untuk mendapatkan pengetahuan”
Itu bukan ‘ilmu’, itu ‘belajar’, cepat cakap, apa maksud ilmu! (Dalam hati: Bodoh rupanya mamat ni)
“ilmu adalah belajar dan amal”
Tak jelas maskud ilmu yang kau cakap tu, semua ilmu adalah untuk di amalkan jika berfaedah, sekarang ni kita bincang bab ugama, apa maksud ilmu ugama? Cakap orang takde ilmu ugama, aku tanya apa maksud ilmu pun tak tahu!
“Err, ilmu adalah jalan orang yang bertaqwa”
Lagilah tak betul, jawapan tu umum, susahlah macam ni.
Ok, aku bagi soalan mudah sikit, apa maksud solat?
“Maksud solat adalah bermula dengan niat dan berakhir dengan salam”
Itu bukan maksud solat, itu cara cara nak bersolat, aku tanya MAKSUD! Bukan cara cara!
“Err, solat adalah tiang ugama”
Ni tahu ke tak tahu ni?, berapa tahun dah solat tapi tak tahu maksud solat?
Baik, aku bagi soalan mudah sikit, apa MAKSUD kalimat Tauhid?
“kalimah Tuhid tu apa?”
Alahai.., (Dalam hati: bodoh rupanya), Kalimah Tauhid tu Kalimah La ila Ha illALLAH.
“OOOO, itu aku tahu, maksud kalimah itu adalah Tiada Tuhan Melainkan Allah”
(Dalam hati: Itu bukan MAKSUD mangkuk!,) Itu MAKNA, budak darjah satu pun tahu makna kalimah Tauhid tu, tapi aku tanya sekarang MAKSUD! Bukan makna!
(garu garu kepala sambil tersengih)
Akupun telan air liur dan berbicara:
Kau faham tak apa itu MAKSUD?, setiap amalan kita pasti ada TUJUAN, ada ARAH, ada MAKSUD, bukan Allah buat sia sia, rujuk Al quran: Ali ‘Imran ayat 190 – 191, Allah cerita: Dalam setiap kejadian ada tujuan, Allah cipta sesuatu tu tak sia sia, Air ada tujuan di Cipta, api ada tujuan di cipta, begitu jugak manusia ada TUJUAN di cipta, ada MAKSUD akan sebab penciptaannya, macam VISI, MISI yang selalu kita belajar kat sekolah tu, vision and mission, itulah MAKSUD.
Bab solat, maksud solat ada cerita dalam Al quran, iaitu maksud solat agar dapat orang bersolat itu MENCEGAH MAKSIAT, Firman Allah: Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya’ dan mungkar. (Surah al-Ankabut 29: 45) yang mana sekiranya kau solat tapi buat jugak maksiat, itu bermakna solat kau belum mencapai MAKSUD, solat mungkin sah, tapi Maksud tak capai.
Ada sesetengah ulamak menerangkan MAKSUD solat adalah MEMBAWA KETAATAN DALAM SOLAT KE LUAR SOLAT, itu pun betul, yang mana jika dalam solat kita tak buat maksiat dan kekalkan di luar solat tanpa buat maksiat jugak, di sini bermakna solat kita telah mencapai MAKSUD, faham!
Dalam Al quran juga Surah Al-Ma’un ayat 4 hingga 6, Allah ada mengutuk orang yang lalai dalam solat, yang mana jika solat lalai, maka solat itu tidak mencapai MAKSUD! Faham tak!
(Hamba Allah tu tersngih sengih, aku menyambung lagi)
Sempena puasa ni aku tanya kau, apa MAKSUD puasa?
“Maksud puasa adalah menahan lapar dan dahaga bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam”
Wah confident gila, Aku cakap kau bodoh, nanti kau marah aku, tapi bila tak cakap bodoh senang senang jer kau tuduh orang yang berdakwah tak de ilmu, apa yang kau cakap menahan lapar bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam tu bukanlah MAKSUD puasa cik abang hoi, itu CARA nak berpuasa. Budak tadikapun tahu!
Sama macam Kalimah Tauhid tadi, kau cakap MAKSUD mengucap, tiada tuhan melainkan ALLAH, itu MAKNA!, sedangkan MAKSUD mengucap adalah untuk MENCEGAH SYRIK, dengan menafikan bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, sebab tu ada sesetengah ulamak menerangkan MAKSUD Mengucap Kalimah Syahadat itu adalah MENAFIKAN KEBESARAN MAKHLUK DALAM HATI DAN MEMASUKKAN KEBESARAN ALLAH kerana jika ada kebesaran makhluk dalam hati, maka hati akan jadi syirik, sebab tu kalimah NAFI dan ISBAB itu BERMAKSUD untuk mencegah syirik dari sebesar besar syrik (sembah selain Allah-berhala) kepada sekecil kecil syirk(yakin kepada makhluk-duit, pangkat, kuasa)Faham?!
Jadi, apa maksud puasa?
“Err, untuk memahami penderitaan orang susah”
Ha, dah pandai dah guna common sense, betul, puasa ni ada beberapa MAKSUDnya dan salah satu adalah untuk memahami perasan orang miskin agar lebih bersedia membantu mereka kelak, dan perkara ini dapat di capai bukan setakat menahan lapar bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam, tapi akan dapat di capai bila kita bersederhana waktu berbuka dan bersahur, ada orang makan sampai penuh perut sehinga puasa langung tak lapar, yang mana bila puasa langung tak lapar sebab makan terlalu banyak waktu sahur dan berbuka, maka MAKSUD puasa sudah tidak dapat di capai.., pesan Nabi berserdahanalah, dan Allah benci dengan mereka yang memenuhkan perut dengan sepenuh punuhnya (rujuk Hadith Fadilat ramadhan ms 44)
Selain itu Maksud puasa adalah MEMBAWA SIFAT TAAT MALAIKAT DALAM DIRI, yang mana kita ketahui Malaikat adalah makhluk yang paling taat sedangkan kita ada Nafsu yang menghalang sifat Taat Malaikat bertapak dalam diri, dengan berpuasa, tak makan, tak minum, tak bersetubuh, tak mengumpat macam Malaikat, maka insyALlah sifat Taat malaikat akan datang dalam diri, dan dengan berpuasa, nafsu akan jadi lemah, maka lebih mudah lagi sifat malaikat akan datang dalam diri, dan di malam hari setelah bersederha berbuka puasa, Nabi galakkan ummat pula agar BERIKTIKAF kerana MAKSUD berkitikaf adalah sama dengan MAKSUD puasa iaitu MEMBAWA SIFAT TAAT MALAIKAT DALAM DIRI, sebab tu bulan Ramadahan, puasa dan iktikaf tak boleh di pisahkan, jadi jika korang tak tahu MAKSUD puasa macam mana korang nak rasai INDICATORnya sebelum MUHASABAH? Faham?
Sama jugak semua amalan lain, semuanya ada MAKSUD.
Dengan ada MAKSUD maka mudah untuk kita muhasabah diri, lepas solat cuba kita check kenapa diri ini masih buat maksiat sedangkan dan lama solat dah, tapi bila kita tahu MAKSUD solat, dan selepas muhasabah tahulah kita rupanya solat kita yang tak kyusuk buat solat kita tak mencapai MAKSUD mencagah fahsyar dan Mungkar.
Semua amal akan mudah untuk di muhasabah apabila kita tahu MAKSUD dalam setiap ibadat kita.
Sama jugak lepas bulan puasa, check, kenapa hati belum jadi lembut dan taat macam malaikat, bila muhasabah rupanya waktu puasa kita banyak mengumpat, berbuka puasa makan sampai penuh perut buat nafsu tak lemah dan melengahkan solat magrib serta malas beriktikaf, jadi kena sama sama improve diri..
Secara ringkas:
Sila belajar MAKSUD bagi setiap amal, Bagi siapa yang tak tahu. Maksud Zakat adalah untuk mensucikan hati kita, Maksud Sunnah pula adalah untuk menimbulkan keyakinan bahawa cara hidup Nabi sahaja memberi kejayaan..
Banyak lagi nak cerita, MAKSUD ikhlas tu apa ? tahu tak? Maksud IKRAM MUSLIMIM tu apa? Tahu tak apa Maksud haji? Panjang nak cerita, sila rujuk Buznama terdekat..
Last sekali, aku nak HIGHLIGT:
APA MAKSUD ILMU?
Tak tahu pun, cakap pong pang pong tuduh orang tu takde ilmu,orang ni takde ilmu, aku tanya APA MAKSUD ILMU pun tak tahu?
So, sekarang, kau pergi jumpa mamat tu.
(sambil merujuk kepada seorang lelaki beserban, berjubah, berjanggut yang boleh di tuduh sebagai budak tabligh atau ahli pas atau wahabi atau syiah atau penyanyi nasyid yang sedang beriktikaf selepas solat zohor)
Tanya dia APA MAKSUD ILMU, aku percaya mamat tu boleh jawab soalan tu semudah korek hidung.
Sekarang, pergi tanya dia. demi kebaikkan Hari akhirat.
(Dalam hati:sekarang berambus dari hidup aku, dan pergi mulakan hidup baru!-woha)
Lalu Hamba Allah tu pun dengan penuh keinsafan pergi mendekati lelaki beserban, berjubah, berjanggut yang boleh di tuduh sebagai budak tabligh atau ahli pas atau wahabi atau syiah atau penyanyi nasyid yang sedang beriktikaf selepas solat zohor….
Sekian.
Ps: Selepas kembali si Hamba Allah tu, ternyata mamat yang di tuduh berdakwah takde ilmu tu tahu jawapan berkenaan MAKSUD ILMU dan menjawab dengan mudah, alhamdulillah, sebagai anti klimath, aku nak tanya korang apa maksud ilmu? dan sila bincang di ruangan komen, salah tak pe, aku ajar, pandai boleh kongsi, insyAllah.
Ps2: Cuba test kawan korang yang berlagak bab ugama, cuba tanya maksud puasa, maksud solat, tengok boleh jawab tak, lepas tu ambik peluang untuk bagitahu betapa penting sifat rendah diri kerana kita ni, jangan berlagak bab ugama ni, Tuhan marah, kerana hakikatnya kita: makin tahu makin tak tahu… pesan kepada diri sendiri.